Friday, April 30, 2010

cinta gadis bertudung labuh

“Zachery, memandangkan awak gagal menghantar kerja rumah Biologi sebanyak 3X, saya akan letakkan duduk bersama Aina, lantang suara Pn Norsiha memenuhi ruang kelas 5 Alfa.”Hah, cikgu, what do you mean by that, itu mana adil, I do have a rights to choose whoever I want to sit with”balas Zachery sambil merenung tajam guru Biologinya itu.”Wah, si badak ni dah lebih”getus hatinya.Siapa nak duduk dengan perempuan kumpulan Jubah terbang tu.Dahlah pendiam, pakai jubah dan konon alim, dan dengarnya, halwa telinganya penuh dengan irama nasyid.”Weird”sinisnya memandang tajam Aina Syuhada.Gadis paling pendiam di dalam kelasnya.

“Listen to me,Zachery, samada kamu suka atau tidak, itu saya punya hak,saya guru kamu dan kalau kamu tak suka,pissed off!”balas Pn.Norsiha geram.Dia benar-benar angin dengan anak muridnya itu yang sudah melebihi batas yang diberinya.Zachery Alfian Dr.Kamarudin, siapa yang tak kenal.Antara anak kenamaan yang menuntut di Maktab Prince Edward, dan yang benarnya dia terkenal kerana sifat nakalnya, ketua Legal Court,pembuli murid yang nerd dan lemah, namun tiada siapa yang dapat menafikan, dia seorang yang pintar.

Dengan nada berbaur, geram, Zach mengheret begnya dan dihempaskan ke atas meja bersebelahan Aina.Gadis yang kelihatan khusyuk membaca surah lazim ketika kelapangan kelihatan terkejut.Cikgu Norsiha, menggelengkan kepalanya dan terus duduk di mejanya sambil mencatat sesuatu.”Dr.Kamarudin, anak you ni terlebih kromosom ke?”pantas dia mencatat di atas kertas dan kemudian direnyukkannya sebagai kaedah untuk melepas geram.”Wei pompuan, kau ni nak mati ke baca surah awal-awal pagi ni”Zach terus menghempas punggungnya dan duduk menoleh ke arah Aina.Aina memandangnya tajam.”Saudara, kalau tak suka,diam, di masa kita bersuka, kadang-kadang mati bila2 boleh datang”jawab Aina pantas.”Tak kuasa nak layan”.Pantas Aina bangun dan beredar ke kerusi yang kosong.”Wei, mati-mati, tu tuhan punya kerja, kau baca apapun, kalau tak repect manusia pun tak guna”licin meresap kata-kata itu ke halwa telinga Aina.”Suka hati kaulah Zach, siapa yang tak respect siapa”getus hati Aina perlahan dan perlahan-lahan, rasa sayu hatinya kerana sering dipandang serong dan sinis.Kadangkala Aina rasa sedih kerana dia sering dilihat sinis oleh segelintir warga sekolah ini, ianya kerana dia bertudung labuh bersama kawan-kawannya.Identiti begitu telah lama dia praktikkan dan hinggalah dia terpaksa berpindah sekolah ke sekolah Bandar ini.Malah paling menyakitkan, pernah begnya diisi dengan bangkai kelawar sebagai tanda sinis dan ejekan kerana ketrampilannya begitu.Namun, dia tetap redha dan terus bersabar.”Ya, Allah,hanya satu yang aku tidak putus untuk meminta mu, halalkan pandangan mereka terhadapku”Hanya itu sahaja yang dia mampu lakukan di dalam menghadapi mereka-mereka ini.

Satu hari, keadaan berubah apabila……

“Wei, kau nak tengok Batwoman main skate tak?”Satu hari Zach secara tiba-tiba terfikir untuk melakukan sesuatu yang menjadi kebiasaannya.Dia mengeyitkan matanya ke arah sekumpulan gadis.”Team Arqam,siap kau”getus hatinya.Entah mengapa, dia begitu dendam dengan gadis itu.”Kerana kaulah, aku terpaksa memekakkan telinga ketika kau bernasyid”.Zach berjalan ke arah sebuah tong sampah.”Hahh….”Sementara itu rakan-rakannya tertanya-tanya apakah hiburan mereka hari ini.Zach secara perlahan telah menuangkan minyak masak yang masih berbaki dari café. dan kemudian dituangnya sedikit ke atas lantai marmar Café.”He-he-he”gelak hatinya menguasai dirinya dan dia secara tidak langsung terbayang bagaimana kumpulan kelawar itu akan tergelincir beramai-ramai.

‘Oklah Hanan, ana pergi dulu ya”Aina meminta izin meminta diri.Entah bagaimana, Hanan dan rakan-rakannya berjalan ke arah berlainan dan Aina terus pantas bergerak ke……”Ya Allah!!!…..Aina tidak dapat berbuat apa-apa dan dia tergelincir dan kepalanya terhantuk kuat ke atas marmar berminyak tadi.Seluruh warga Sekolah itu terpaku melihat kejadian itu dan tidak kurang.50m, Hanan menoleh dan menjerit.”Ya Allah, Aina, dengan tidak ada perasaan lain lagi, Hanan terus memecutkan otot kakinya untuk membantu sahabatnya itu.Sementara itu, Zach yang tergelak kuat bersama kawan-kawannya secara mengejut terpaku dan tergamam.’Why,her”sayu dia melihat gadis yang menjadi musuhnya itu terjebak dengan kenakalannya.Aina yang terhantuk, perlahan –lahan menggahi dirinya untuk bangun dan wajahnya kelihatan berkerut dan dahinya mengalir darah-darah,namun walau sekuat mana zahirnya untuk bangun akhirnya dia begitu lemah dan………

‘Zach!!!awak dah melampau!”Pang!hinggap tamparan En.Nik ke pipi anak muridnya itu.Beliau begitu marah dan cuba mengawal kesabarannya.”Awak tahu, tindakan awak ini akan menyebabkan awak dibuang sekolah”tengking En.Nik lagi.Manakala Pn.Norsiha tersesak-esak menangis dan memandang tajam seakan ingin mengoyak isi daging Zach.Zach tunduk,peluh cemas dan takutnya perlahan-lahan keluar.Di fikirannya hanya terbayang “flashback”kejadian tadi.Dia teringat bagaiman Hanan menolaknya ketika dia datang cuba membantu dan berulang kali melahirkan kesalnya.Di telinga terngiang-ngiang kata-kata Hanan”Zach, kau ni laknat,kau sanggup nak membunuh insan yang nak menyuburkan Iman di hatinya, dan kerana dia miskin,kau jadikannya seperti haiwan”tengking Hanan kepadanya sambil teresak-esak menangis.Hanan memangku Aina yang berlumuran dengan darah di dahi Aina yang pengsan.Aina kelihatan pucat lesi dan tidak bermaya.”Kau memang syaitan, kau kejam dan kau tau tak?Aina menyimpan rasa terhadap diri kau!!!”sambung Hanan lagi.Dia benar-benar tercabar apabila melihat Zachery dan diikutkan dirinya, ingin saja ditakik Zachery dengan pisau lipatnya.

“Dia punyai perasaan pada aku”sayu suara itu memenuhi halwa telinga Zachery.Menjalara dilanda darah dan sehari selepasnya,Zachery telah digantung sekolah dan dilucutkan segala jawatan serta dia akan dihadapkan dengan hukuman rotan di hadapan pelajar.Kawan-kawannya, Aizan, Zizan dan Brendon mengalami nasib yang sama kerana bersubahat dan mereka secara ikhlas telah melahirkan rasa kesal mengumumkan permohonan maaf mereka secara terbuka di perhimpunan.

1 Bulan selepas itu.

Zachery kembali ke sekolah dan menjadi manusia yang berbekas dengan kesalahan dan hukuman rotan.Hukuman rotannya itu dirasakan tidak sesakit keperitan Aina yang mengalami kecederaan tulang belakang.Namun Zachery jauh sekali telah berubah dan dia secara ikhlas telah melahirkan rasa kesal dan mohan maafnya ke atas keluarga Aina.Ibu dan Ayah Aina dengan rasa terbuka, menerima maafnya itu walaupun mungkin tidak bagi Aina.Aina telah diberi rawatan yang terbaik dan kos perubatannya ditanggung oleh Dr.Kamarudin sebagai tanda mohon maaf diatas sifat anaknya yang keterlaluan.Semasa tempoh pergantungannya itu, Zachery telah membawa diri ke London dan disanalah dia belajar mengenali dirinya semula.”Zach, apa yang kau lakukan adalah salah, malangnya, takkan sampai kau akan dewasa kau akan terus menjadi manusia yang tidak pernah penat untuk membuat salah”.Kata-kata sahabat baiknya Joshua disemat di dalam jiwanya yang kosong.Joshua yang menjadi sahabat akrabnya dari kecil lebih mengenali dirinya siapa.

“Eh, Zach, look at that!”Zizan menuding ke arah seorang gadis yang begitu familiar dipandangan mata mereka.”Aina?”serentak mereka bersuara.Aina tidak lagi bertudung labuh, dia hanya bertudung biasa, namun keayuannya sebagai gadis yang pelembut tidak menjejaskan apa yang dia pakai pada pagi itu.Labuh atau tidak,bukan persoalan untuk mengukur iman seseorang.Nekad Aina pagi itu.Hati Zach berdebar kencang, dia merasakan seperti dadanya dikencang tubi oleh debaran.”Apa yang akan dia lakukan”perlahan Zach bergerak pantas ke arah Aina.Dan ketika sampai di mana berdirinya Aina,Aina menolehnya dan merenungnya dengan penuh tajam.Zachery tidak keruan dan suaranya tersekat-sekat keluar”Aina, What I’ve done at you is really wrong and I’m sorry for that, Aina”.Sayu getaran suara Zachery dan perlahan-lahan air mata kesalnya tumpah.Dia tunduk dan ketika itu Aina hanya melihat, seorang lelaki yang paling berkuasa telah seakan melutut memohon kemaafannya.’I’m really sorry Aina”perlahan-lahan, tidak semena-mena Zachery perlahan-lahan melutut dan tunduk kepada Aina.Tindakannya itu menjadi perhatian kawan-kawannya dan seluruh warga Menjalara yang berada ketika itu.Angin bertiup perlahan,kicauan burung tidak lagi berbunyi dan desiran daun, menggesel muka hijau rerumput halus.

Aina terkejut, lidahnya terkedu.’Betul ke apa aku tengok ni”dia menggesel matanya berkali-kali.Perlahan-lahan perasaan sayu dan terharunya datang melihat manusia yang pernah dinobatkan olehnya sebagai lelaki yang ego tunduk kepadanya.”Zach,please don’t do this,sujud hanya boleh pada Allah,saya ni nobody dan hanyalah hambaNya”Perlahan-lahan Aina mencuis bahu Zachery agar segera bangun.Lantas Zachery bangun dan ketika itu terlihatlah wajah lelaki yang pernah dibenci oleh Aina dengan satu rautan wajah yang cukup sayu,tidak terurus.Rambut Zachery yang halus berserabut,matanya diselaputi simbahan air mata kekesalan dan kelihatan kelam dan lebam.”Saya minta maaf Aina,saya melihat awak dengan pandangan yang sangat kecil”.Aina merenung ke anak mata Zachery dengan perasaan yang bercambur baur.Warga Menjalara kelihatan berbisik-bisik,Pn Norsiha yang turut berada di situ membiarkan episod keinsafan berlalu.Begitu juga Hanan dan En.Nik.Zizan,Aizan dan Brendon.

“Zach, walau apa yang awak lakukan cukup perit bagi saya,tapi saya tidak berhak untuk menghukum awak hingga begini,kita semua ada kelopongan di dalam diri masing-masing,saya maafkan awak Zachery”Air mata Aina susut jatuh perlahan menitik di pipinya.Zachery terus tunduk dan siang di Menjalara memamah hari dengan episod sedih yang bermakna bagi seorang gadis,Aina Syuhada Zainudin.

3 bulan berlalu dengan pantas.Pantas dengan perubahan,Aina dan Zachery berkawan baik.Malah Zachery dengan rela dan ikhlas giat membantu Aina mendokong Kelab kemasyarakatan.Menjalara kehilangan Raja Kontra.Zach berubah kepada seseorang yang pelembut dan dia tidak lagi nakal,tidak lagi seperti dahulu.Dia dan Aina tidak sinonim dan mereka bercinta.Aina yang lahir dengan didikan agama yang tinggi,mengenakan peraturan kepada Zach jika ingin menjadi insan dihatinya.Zach menuruti apa sahaja,dan dia kini adalah sahabat bagi sesiapa termasuk Hanan.Namun fajar yang menyingsing tidak selamanya akan cerah.

“Zach, lepas SPM ni awak nak ke mana”satu hari Aina bertanya.Mereka baru sahaja pulang dari kelas tuisyen.Pada hari itu,Zach agak pendiam.Dia hanya tersenyum tawar malah rakannya juga tertanya-tanya.Kakinya menguis-nguis jalan.Kelompok pelajar yang berjalan sama bergerak perlahan.Mungkin ingin bersantai.”I’m not going anywhere,I just don’t know”balas Zach.Aina menghentikan kakinya.”Zach,kenapa ni?oo awak nak buat album ke?”Aina cuba meriangkan suasana.

‘Aina,saya sakit,”Zach merenung dengan nada sayu ke atas Aina.Gadis yang dicintainya.”Eh,awak sakit,jom gi klinik depan”Aina pantas seakan mengajak Zach bergerak.”Stop it Aina,I’m really sick here!,I got jantung berlubang here and I will die”.Aina terkejut,dadanya berombak kencang.

“I baru dapat tahu dua minggu lepas,dulu masa kecil I pernah dibedah,tapi ia datang semula, the chance just…flick my hair dry to ice”sambung Zach.Matanya merah dan dia kelihatan menggeletar.”Zach,awak jangan main-main,kenapa tak beritahu saya sebelum ini”Fikiran Aina mula berkecamuk dan dia mula menangis.”Saya perlukan masa Aina,Dr beritahu saya perlu teruskan apa yang pernah saya lakukan,sampai masa saya perlu treatments,saya taknak orang tengok saya dengan simpati”.Zach dengan suara tersekat hiba cuba meyakinkan Aina.”Termasuk saya?”suara Aina tersekat nyaring menjerit.”No Aina,especially you,saya taknak awak sedih”.

Kata-kata itu umpama menikam jiwa Aina.Dia terus berlari dengan esakan nangis dan meninggalkan Zach.Zach hanya melihat telatah Aina dengan,hibanya yang perlahan.”I’m sorry Aina”.

Selepas berlalu lagu sedih itu,Zachery tidak lagi hadir ke sekolah.Awalnya Aina cuba berlagak tabah, namun hatinya memberontak.Satu hari di hujung petang,Aina telah ke rumah Zach sambil ditemani Hanan.Apa yang dia sedang lihat,Zach sedang membaca sebuah buku.Wajahnya pucat dan dia duduk keseorangan di bawah sebuah pokok.””Aina mengunjurkan salamnya kepada Zach.Zach tergamam melihat kedatangan Aina.Hanan tersenyum tawar dan perlahan meninggalkan perbualan Aina.”Awak sihat Zach,ayah awak kata,awak terpaksa bercuti untuk berehat”Aina memulakan perbualan.Wajah Zach yang cengkung ditatap dengan perasaan sedih dan kasih.”Yes,I’m”Zach tersenyum menjawab.Rindunya pada Aina terbalas dengan kedatangan Aina hari itu.”Zach awak pernah terfikir nak……….mati?pantas Zach bersuara balas.Aina tunduk dan air matanya deras mengalir.”Lighten up sayang,saya gurau je”Zach tertawa kecil dengan senyumannya yang tawar.Zach memujuk perlahan Aina yang begitu gering hati berbanding Zach sendiri.Mereka terus berbual dan mula berbaik.Bagi Aina,waktu dan ketika ini,dia harus menjadi pendorong semangat kepada lelaki yang berjaya menawan hatinya yang keras.

Hari kian berlalu,Zach telah kembali semula ke sekolah.Walaubagaimanapun,yang indah tidak akan kekal,suatu hari Zachery telah secara tiba-tiba pengsan ketika bermain tennis.Dia telah dikejarkan ke hospital.’Aina,Zach nak jumpa’Zizan bersuara perlahan.Pipinya penuh dengan linangan air mata.Begitu juga Aizan dan Brendon.Mereka bertiga adalah sahabat baik Zach.’Aina menyusut masuk kakinya ke dalam bilik.Zach tersenyum melihatnya.’Aina….masuklah”.Aina berjalan perlahan dan terus melabuhkan dirinya di atas kerusi bersebelahan Zach.Ayah Zachery telah keluar untuk bertemu pakar bagi taklimat pembedahan.

“Aina, saya taknak awak sedih,saya akan masuk bilik pembedahan malam nanti”Zach bergerak bangun dari baring.”Saya cuma nak lafazkan yang saya memang sayangkan awak, awak lebih dari sesiapa yang saya ada”.Jiwa Aina terharu dan sedikit hiba.”Then again, saya cuma nak awak doakan saya,redhakan diri saya nanti”sambung Zachery lagi.Aina mengangguk dan perlahan-lahan dengan tersekat suaranya keluar”Zach,saya juga sayangkan awak,saya selalu berdoa agar Allah menjodohkan kita kelak”Aina mula menangis.Zachery mengangguk dan mereka berdua menyanyikan suara hiba di dalam bilik.Zizan melihat dengan perasaan yang sayu dan dia benar-benar hari ini menangis.Zachery dimasukkan ke bilik pembedahan, namun dia pembedahan itu gagal kerana keadaan Zach yang telah teruk”

“Aina ini surat untuk Aina,Zach pesan bagi”hiba suara Dr.Kamarudin menyerahkannya kepada Aina.Takdir telah menentukan,Zachery lebih awal pergi darinya.Aina menyambut berita itu dengan redha dan air matanya deras walau ditahan.Ketika itu dia terbayang wajah Zach dan kisah silam mereka.Aizan,Zizan dan Brendon berpelukan menangis,Pn Norsiha berkejar ke hospital setelah dihubungi telah pengsan apabila dikhabarkan berita tersebut.Kawan baik Zachery,Joshua telah berlepas pulang ke Malaysia sebelum pembedahan dan dia dalam perjalanan ke Hospital setelah selamat tiba ke tanahair.Pemergian Zachery disambut dengan seribu perasaan,redha dan sedih,bagi ayah Zachery,dia perlu tabah dan sabar dengan ketentuan Illahi.

Hai Aina,

Masa saya tulis ni,ia adalah detik 4 jam sebelum saya ke bilik bedah.Takut pun ada,gembira pun ada sebab boleh baik lepas ni,tapi diri awak lebih membayangi diri saya.Saya juga sempat membaca surah Yassin tadi,ia menjadikan diri saya tenang. Seperti kata saya tadi…Saya tidak pernah terfikir akan menyayangi awak.Aina Syuhada dan belum lahir di hati saya sebelum ini untuk membayangkan saya akan berubah.Namun,syukur saya kepada Illahi kerana memberi saya hidayah,harapan dan juga diri awak.Saya amat berterima kasih untuk itu Aina.Awak adalah hadiah untuk orang seperti saya yang tidak mempunyai ibu sejak lahir.

Mengenali awak adalah antara perkara yang terbaik buat saya.Tidak sekadar saya merasai erti kasih sayang,tapi awak mengubah diri saya kepada yang lebih baik.Saya begitu bersyukur.

Aina,dikesempatan ini,saya ingin memohon maaf atas segala kesilapan saya yang lalu,dan juga,Aina,jika saya pergi,redhakanlah permergian saya.Saya tahu, kematian akan datang bila-bila, namun jika itu ditakdirkan,saya redha dengan apa yang akan saya hadapi dan saya ingin awak,yang saya kasih redha dengan ketentuan ini.

Sayang awak Aina.

Zachery Kamarudin.

Aina melipat kemas surat bewarna biru itu.Air matanya mengalir dan perlahan dia mengangkat telapak tangannya.

‘Ya Allah,aku redha dengan ketentuan kau ini,semoga sahabatku ini akan diletakkan bersama insan yang di kasihi olehMu ya Allah.Nada hiba Aina memenuhi ruang kecil sudut menunggu di hospital.Dia tunduk dan hatinya terus menangis dan berdoa perlahan.

AL-FATIHAH

Allahyarham Mohd Syahir Dato’Dr.Johari.

------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment